Bahasa: EN | BM |
NYAMUK

Berkongsi:


NYAMUK



Terdapat kira-kira 3450 spesis dan subspesis nyamuk yang kesemuanya tergolong dalam 38 genus.Semuanya termasuk dalam famili Culicidae yang dibahagikan kepada tiga subfamily iaitu Toxorhyncholinae, Anofelin dan Kulsin.Taburan nyamuk hampir di seluruh dunia di temui di seluruh kawasn tropika dan kawasan beriklim sederhana terbentang hingga ke Garisan Artik.Nyamuk diketahui tiada hanya dari Antartika dan beberapa buah pulau.Kerana tabiatnya yang berbagai, nyamuk boleh menjajah banyak persekitaran yang berbeza. Larvanya boleh ditemui di dalam kolam, air paya, air tercemar, sawah padi, bekas-bekas buatan manusia, lubang pokok,aksil daun dan bermacam-macam habitat akuatik yang lain. Nyamuk dewasa boleh ditemui dalam hampir kesemua jenis ekologi, dari hutan, kawasan bandar, tanah yang diusahakan hinggalah ke separa gurun. Nyamuk mungkin lebih dikenali ramai berbanding dengan mana-mana serangga lain kerana nyamuk ialah pengganggu yang kuat mengigit, tetapi yang lebih penting kerana nyamuk ada vector penyakit manusia dan ternakan.

Di Malaysia terdapat kira-kira 434 spesis dan subspesis nyamuk yang tergolong dalam 20 genus.Walau bagaimanapun, hanya genus Anofelin, Aedes, Kuleks dan Mansonia yang penting dari segi perubatan.


 Pertanyaan - NYAMUK