Type of Pest Services
Terdapat 2 spesis pepijat yang menggigit manusai, pepijat biasa (Cinex lectularius) yang terdapat terutamanya di kawasan beriklim sederhana dan pepijat tropika (Cinex hemipterus) yang ditemui terutamanya di kawasan tropika.
Lihat lebih lanjut...
Kira-kira 4000 spesis telah dihuraikan, tetapi cuma 1% daripada jumlah tersebut yang dianggap sebagai makhluk perosak.Kebanyakkan terdapat di atas lantai hutan hujan tropika memakan bahan daun yang mereput, dibawah kulit kayu, di dalam gua dan lubang dalam tanah, dll.
Lihat lebih lanjut...
Lalat rumah biasa, Musca domestic L, tersebar di kebanyakkan tempat di dunia.Ia biasanya dijumpai berhubung rapat dengan tempat tinggal manusia dan tersebar dengan meluas di Negara-negara tropika. Spesis ini lazimnya dijumpai di merata-rata tempat yang terdapat manusia dan telah menyesuaikan dirinya dengan baik sekali dengan persekitaran manusia.
Lihat lebih lanjut...
Terdapat kira-kira 3450 spesis dan subspesis nyamuk yang kesemuanya tergolong dalam 38 genus.Semuanya termasuk dalam famili Culicidae yang dibahagikan kepada tiga subfamily iaitu Toxorhyncholinae, Anofelin dan Kulsin.Taburan nyamuk hampir di seluruh dunia di temui di seluruh kawasn tropika dan kawasan beriklim sederhana terbentang hingga ke Garisan Artik.
Lihat lebih lanjut...
Tikus dan mencit menimbulkan masalah besar di seluruh dunia dengan cara mengekplotasi alam sekitar yang di cipta oleh manusia. Roden ini sebahagian daripada musuh yang berterusan dan paling bahaya.Ke mana sahaja manusia pergi roden ini ikut, bawa bersamanya pelbagai kuman kepada manusia seperti wabak, penyakit kuning, kerancunan makanan dan lain-lain.
Lihat lebih lanjut...
Anai–anai ialah serangga yang termasuk dalam order Isoptera. Anai–anai merupakan serangga yang tinggi sosialnya, ini adalah kerana, anai–anai hidup dan berkerja dalam kumpulan–kumpulan yang sejumlah besar ahlinya berkerjasama.Kumpulan–kumpulan ini dikenali sebagai koloni.
Lihat lebih lanjut...