Lalat rumah biasa, Musca domestic L, tersebar di kebanyakkan tempat di dunia.Ia biasanya dijumpai berhubung rapat dengan tempat tinggal manusia dan tersebar dengan meluas di Negara-negara tropika. Spesis ini lazimnya dijumpai di merata-rata tempat yang terdapat manusia dan telah menyesuaikan dirinya dengan baik sekali dengan persekitaran manusia. Persekitaran bandar, meskipun dengan adanya pemodenan dan pengindustrian yang pesat, tidak dikecualikan daripada kesengsaraan oleh makhluk perosak ini, yang telah menyesuaikan dirinya dengan cara hidup domestic yang melbatkan kewujudan bersama dengan manusia. Hingga sekarang, lalat rumah merupakan masih merupakan suatu masalah yang serius.
Di Malaysia, selain daripada lalat rumah, Musca domestica,lalat rumah sinantropik yang lain seperti Musca sorbens, Chrysonya megacephala, Chrysomya rufifacies, Lucilia cuprina, spesis Sarcophaga spesis Ophyra dan spesis lain banyak terdapat di tanah rendah dan tanah tinggi, terutamanya di lading-ladang ternakan ayam-itik, lembu, khinzir dan pertanian, tempat pembuangan sampah dan juga rumah sembelih. Kesemua lalat ini merupakan penganggu dan juga faktor penyumbang bagi penjangkitan penyakit tertentu seperti kolera, disenteri dan demam kepialu melalui makanan disebabkan oleh sifat tabiatnya. Lalat terhasil di atas sebarang jirim mereput, najis manusia dan baja haiwan.

Pertanyaan - LALAT RUMAH