Bahasa: EN | BM |
TIKUS

Berkongsi:


TIKUS

Tikus dan mencit menimbulkan masalah besar di seluruh dunia dengan cara mengekplotasi alam sekitar yang di cipta oleh manusia. Roden ini sebahagian daripada musuh yang berterusan dan paling bahaya.Ke mana sahaja manusia pergi roden ini ikut, bawa bersamanya pelbagai kuman kepada manusia seperti wabak, penyakit kuning, kerancunan makanan dan lain-lain.Roden ini merosakkan harta benda dengan menggerogot kerja kayu dan lain-lain bahagian struktur bangunan.Roden ini menggigit pendawaian elektrik dan menyebabkan kebakaran.Di tempat haiwan ternakan atau makanan disimpan, roden ini merebakkan kuman dan mencemari makanan dengan kencing, najis dan bulu.

Masalah roden amat rumit, bukan hanya ia melibatkan banyak persekitaran yang berlainan, tetapi juga ia mungkin disebabkan oleh beberapa spesis. Roden yang kononnya komensal (tikus Norway Rattus norvegicus, tikus bumbung Rattus rattus dan tikus rumah Mus musculus) yang terdapat di sebahagian besar dunia telah menjadi isu kesihatan awam utama yang dititkberatkan.


Tikus Norway

Hidup di pantai, bergerak di sepanjang sungai dari satu penempatan ke satu penempatan.Tikus Norway biasanya membiak dengan baik di mana manusia membuang lebihan makanan termasuk tempat pembuangan sampah dan pembentung.Selain daripada tepi pantai dan tebing sungai, tikus Norway juga boleh didapati dengan banyak di tingkat bawah tanah dan bahagian bawah suatu bangunan yang terletak berhampiran tepi pantai atau sungai. Adalah sukar untuk menganggar saiz dan berat tikus Norway dewasa, tetapi tikus ini pada amnya menjadi reproduktif pada usia 2-3 bulan apabila berat mereks di antara 150-200g. walaubagaimanapun, tikus Norway dengan berat 300-400g adalah perkara biasa.

Tikus Rumah Malaysia

Tikus Rumah Malaysia (Rattus rattus diardii) ialah satu lagi spesis tikus biasa.Ia menyerupai tikus bumbung. Tikus rumah tinggal di bahagian dalaman.Ia lebih tangkas, agresif dan lebih kuat daripada tikus Norway, dan boleh memanjat dinding bangunan atau berlari dari satu struktur ke struktur yang lain. Ia lebih suka tinggal bersarang di bawah bumbung. Bilangannya boleh bertambah dengan cepat di kawasan-kawasan seperti pusat penjaja makanan dan pasar di mana terdapat banyak makanan, air dan tempat perlindungan. Tikus Rumah Malaysia biasanya berwarna coklat, dengan purata berat badan 150g pada usia 2-3 bulan dan antara 200-300g pada kemuncak kehidupannya.


 Pertanyaan - TIKUS