Bahasa: EN | BM |
ANAI – ANAI

Berkongsi:


ANAI – ANAI

Anai–anai ialah serangga yang termasuk dalam order Isoptera. Anai–anai merupakan serangga yang tinggi sosialnya, ini adalah kerana, anai–anai hidup dan berkerja dalam kumpulan–kumpulan yang sejumlah besar ahlinya berkerjasama.Kumpulan–kumpulan ini dikenali sebagai koloni.Jenis anai-anai juga mempunyai sistem mengagihkan fungsi dan tugas yang sangat tersusun.Jenis anai–anai yang berbeza yang melaksanakan tugas masing–masing yang berbeza dikenali sebagai kasta.

Kasta asas dalam sesuatu koloni ialah permaisuri atau ratu, raja, pekerja, askar dan kelkatu.Biasanya, terdapat hanya seekor anai-anai permaisuri dan raja dalam sesuatu koloni yang membiak untuk menambahkan bilangan kepada semua ahli-ahli lain dalam koloni itu.Kasta pekerja adalah bertanggungjawab untuk mengumpul bahan bahan makanan, dan memberi makan kasta-kasta lain dengan memuntahkan makanan.Kasta ini juga menjalankan semua pembinaan dan pembinaan dan membaiki landasan dan struktur sarang.Askar-askar mempertahankan koloni daripada serangga oleh serangga oleh musuh pemangsa seperti semut, dan mempunyai rahang yang besar, cecair yang melekit atau semburan kimia untuk mempertahankan koloninya.Pekerja-pekerja dan askar-askar kadang-kadang wujud dalam dua atau tiga bentuk saiz yang sangat berbeza.Bila terdapat dua atau tiga bentuk saiz, yang besar dan kecil masing-masing dikenali sebagai pekerja atau askar major dan minor.


 Pertanyaan - ANAI – ANAI