Bahasa: EN | BM |
LIPAS

Berkongsi:


LIPAS

Kira-kira 4000 spesis telah dihuraikan, tetapi cuma 1% daripada jumlah tersebut yang dianggap sebagai makhluk perosak.Kebanyakkan terdapat di atas lantai hutan hujan tropika memakan bahan daun yang mereput, dibawah kulit kayu, di dalam gua dan lubang dalam tanah, dll.Kebanyakkan spesis lipas yang kami ketahui merupakan makhluk perosak domisil atau makhluk perosak di tempat-tempat menjual makanan.Bukti fosil menunjukkan bahawa lipas telah lama wujud iaitu lebih daripada 300 juta tahun, tetapi bentuk badannya hanya mengalami perubahan yang sedikit sahaja sejak masa itu.

Bergantung kepada spesis, lipas dewasa berukuran antara 2-80mm panjang.Badan lipas biasanya leper secara dorsoventral, dan warna badan berbeza-beza dari sawo matang hingga perang muda, manakala sesetengahnya amat berwarna-warni. Seperti mana-mana serangga yang lain, lipas mempunyai tiga bahagian badan : kepala, toraks dan abdomen. Terdapat sepasang sesungut, sepasang mata kumpuan yang besar, dan bahagian mulut yang mengunyah pada kepala. Pada toraks, terdapat dua pasang kaki dan dua pasang sayap ( kecuali lipas Harlequin yang tidak mempunyai sebarang sayap).


 Pertanyaan - LIPAS